confessions of a dog soldier

Tuesday, February 12, 2008

mayang

hidup ini buat selama.
hidup ini punya arti.
hidup ini punya prasangka.
hidup ini punya tangisan.

mati itu satu alasan.
mati itu satu kurniaan.
mati itu bukan kerana.
mati itu punya makna.

airmata satu igauan.
airmata tidak setia.
airmata andai tiada.
menjadi ia suatu bencana.

cinta itu hanya khayalan.
cinta itu penyambung jiwa.
cinta itu bawa kecewa.
cinta itu hanya sahaja.

lihat.
tanpa degilmu.
dengar.
tanpa egomu.
beri.
tanpa sedihmu.
terima.
tanpa kejimu.

sayangmu itu, biarlah ia kembali kepada yang memberi...
cintamu ini, takkan biar dipaksa andainya tiada lagi...

tidurlah adinda.

- megat arman bidayu, laksmana tua pasir sejati

No comments: