confessions of a dog soldier

Tuesday, August 24, 2010

Tarian Fitrah

sekiranya hidup ini satu dansa,
sudikah kau menari dalam sanubariku?
adapun khayalan itu menyesatkan,
bukankah nurani mahu gembira?

hatimu berselekoh menuju kegelapan.
usah tercari-cari cahaya nur.
rohanimu teresak-esak mencari kebenaran.
usah mengambil wudhu' lagi.

lihatlah sahabatku,
akan segala yang kau kecapi.
bukankah ini masa yang sesuai,
buat hatimu berlayar ke asal fitrahmu?

hakiskanlah kotoran dijiwamu.
usah terkenang pada pagi yang manis,
kerna manisan itu hanyalah racun,
didalam kembara hidupmu ini.

kembalilah kepada yang benar,
ayuh suluhkan cahaya nur lagi.
kibarkanlah bendera kesucian,
belum terlambat berwudhu' kini.

seindah senyuman bayi,
indahkanlah pula hatimu kini.

No comments: