confessions of a dog soldier

Wednesday, March 2, 2011

rebung



Act I fajar


Aku bukanlah seniman, ataupun aku sang penghibur.
Aku hanyalah bawahan, yang banyak mimpinya terkubur.

Rantauan hidup membawaku ke sini,
dengan harapan menambah rezeki.
Tiada bagiku yang selalunya senangan,
tapi aku teruskan merempuh halangan.

Andaikata hidup ini satu lakonan, jiwaku ini kan ku pentaskan.

Sekiranya jalan ku terhenti, jauh sekali ia lah penghujung.
Takkan ku henti bermimpi, banyak lagi yang kan ku kunjung.

-Ariff Salleh

Saturday, January 29, 2011

bangsa yang melayu




pandanglah diri dicermin pecahan,
patutkah jati dijajah-jajahan?

sumbang si angsa melagukan pagi,
mana bangsa yang melayu mati!

usah tercengang banyak provokasi,
takkan ku terima haluan yang diberi.

hantaran penindas hanya kekata,
fikiran bernas diejek dikata.

bak salju memutih nan indah,
tak berbaju memerang lidah.

hancur lebur busana bangsa,
namun anak nya sedikit tak terasa.

- Ariff Salleh