confessions of a dog soldier

Sunday, March 25, 2012

jihad sang pujangga


salamku buat yang terkenang masa karat yang pedih,
segala tangisan airmata mengenang sebak sedih.

kerana pillumu menjadi satu peringatan.
kerana hibamu angkara satu pemilihan.

tabikku buat yang terus menerjang kehidupan,
berjalan terus melagau onak deduri bertepekkan bantahan.

atas sebab fitrahmu yang tak kenal kekalahan.
atas sebab jadimu yang kekal rentas perbalahan.

sanjungku buat yang duduk berdiam diri.
tanpamu akan tiada golongan yang berani.

berani berfikir menentang arus kepelesongan,
gagah berjuang mengubah salah tanggapan.

aku hanya perajurit pecinta seni.
tiada diminta hanya diterima jihadku ini.

- Ariff Salleh